Tuesday, December 22, 2015

Info Sihat : Langkah Kawalan Demam Kepialu oleh Pengendali Makanan

Langkah-langkah Kawalan Demam Kepialu oleh Pengendali Makanan 
  1. Mengendalikan makanan mengikut tatacara pengendalian makanan selamat dengan memastikan:
    1. Premis makanan bersih
    2. Telah menghadiri kursus pengendalian makanan.
    3. Telah mendapat suntikan vaksin tifoid.
    4. Sentiasa memakai apron yang bersih serta penutup kepala dan kasut yang bertutup semasa mengendalikan makanan.
    5. Bahan mentah untuk masakan mestilah segar.
    6. Proses nyahbeku daging atau ayam perlu sempurna.
    7. Mencuci makanan dengan menggunakan air terawat yang mengalir
    8. Masak menggunakan air terawat
    9. Makanan perlu dimasak dengan sempurna sehingga suhu didih.
    10. Makanan yang telah dimasak diasingkan dari yang mentah.
    11. Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan urungan lalat.
    12. Menghabiskan makanan dalam masa 4 jam selepas ia disediakan.
    13. Makanan yang disimpan pada suhu 0oC – 4oC
    14. Makanan yang dipanaskan semula melebihi suhu 60 oC.
    15. Menggunakan penyepit atau sudu yang bersih untuk menghidangkan dan mengambil makanan.

  2. Menjaga kebersihan diri termasuk membasuh tangan sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas.

  3. Menggunakan tandas yang sanitari (bersih dan sempurna).

  4. Sentiasa memastikan air minuman menggunakan air yang telah dididihkan atau boleh menggunakan air minuman berbungkus.


Pengendali makanan mesti pakai apron, kasut bertutup dan penutup kepala. Jenis dan corak tidak diambil kira.
Yang penting, bersih dan mengelak pencemaran silang berlaku









No comments:

Post a Comment