Minta maaf, Gambar disunting copy paste dari Google sebelum mo perkenalkan Lui Cha yang Ngy rasa sedap |
Tau ka apa nama makanan ini?
Pernah ka makan makanan ini?
Nama : Lui Cha / Lei Cha (sebutan lain-lain tapi menuju ke makanan yang sama kerana lain suku
kaum bangsa Cina, lain sebutannya)
Origin : Hakka Cina dari China
Maksud : Teh yang ditumbuk (Pounded Tea / Ground Tea)
Sebab ditumbuk : Daun teh hijau, bijan putih dan bahan-bahan lain akan ditumbuk hingga ke powder foam untuk ditambah air dan dijadikan kuah/sup.
Ingredient : pelbagai jenis sayur seperti kacang bunjis, kacang panjang, sawi, lobak masin (chai po),
kacang tanah, udang kering dan lain-lain. (terpulang kepada individu jua)
Rasa : sedikit pahit bila kuah/sup dihirup ke dalam mulut, tapi akan rasa manis selepas telan.
*rasa manis di sini bukan manis gula, tapi manis ni macam kesegaran dalam mulut anda
(terpulang kepada pemasak LuiCha ini, ada orang buat betul-betul pahit, ada orang buat
serdenaha pahit)
Kebaikan : - bagus untuk kesihatan badan kita
- detox
ni dia... daun teh serta bahan-bahan lain akan ditumbuk dalam bekas ini |
Mungkin di kalangan masyarakat Malaysia belum lagi terdedah kepada makanan ini.
Antara sebab-sebabnya mungkin :
1. kepadatan suku kaum cina di sesuatu tempat/kawasan/daerah/bahagian/negeri
2. anda tidak pernah tau kewujudan makanan ini
Bahagian Kuching, Sarawak sini, terdapat banyak suku kaum Hakka. Hakka disebut dalam bahasa cina adalah "Ke Ren" dimana dia boleh membawa maksud tetamu. LuiCha merupakan masakan tradisional Hakka, di mana masakan ini memang memberi manfaat baik kepada kita kerana banyak jenis sayur-sayuran dicampur dan dimakan bersama. So far, masakan ini boleh dikategori sebagai vegetarian kalau tiada penambahan udang kering, dan juga bawang putih di dalamnya. Sayur-sayur dan kacang tanah harus digoreng terlebih dahulu sebelum disimpan di atas nasi putih supaya rasa masakan ini lebih sedap dan wangi. Selepas itu, kuah/sup LuiCha akan dimasukkan ke dalam mangkuk yang berisi nasi, sayur-sayur dan lain-lain seperti gambar di bawah ini.
Tengahari ini Ngy jalan-jalan cari tempat makan lunch Ngy. Jumpalah satu kedai ini. Namanya Thompson's Corner. Kedai makan ini terletak di area Jalan Nanas, Kuching. Kalau ada rasa mo cuba makanan ini, boleh cuba round-round di area deretan kedai Jalan Nanas, pasti anda akan jumpa kedai ini. Sebabnya anda memang pun boleh nampak kedai ni dari jalan besar.
Gerai Hopoh Lui Cha ini lah yang sedap Ngy makan tengahari ni Harga : Rm4.50 (normal) Rm5.50 (besar) |
tada... ni la LuiCha tengahari tadi. Aroma yang wangi semasa dihidangkan. Nasi putih kebiasaanya ditutup rapi dengan sayur-sayur, tauhu, lobak masin, kacang tanah . Boleh la try makanan ini sekali sekala untuk anda yang ingin cuba. ;) *** *** *** ***
|
No comments:
Post a Comment