- Mengendalikan makanan mengikut tatacara pengendalian makanan selamat dengan memastikan:
- Premis makanan bersih
- Telah menghadiri kursus pengendalian makanan.
- Telah mendapat suntikan vaksin tifoid.
- Sentiasa memakai apron yang bersih serta penutup kepala dan kasut yang bertutup semasa mengendalikan makanan.
- Bahan mentah untuk masakan mestilah segar.
- Proses nyahbeku daging atau ayam perlu sempurna.
- Mencuci makanan dengan menggunakan air terawat yang mengalir
- Masak menggunakan air terawat
- Makanan perlu dimasak dengan sempurna sehingga suhu didih.
- Makanan yang telah dimasak diasingkan dari yang mentah.
- Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan urungan lalat.
- Menghabiskan makanan dalam masa 4 jam selepas ia disediakan.
- Makanan yang disimpan pada suhu 0oC – 4oC
- Makanan yang dipanaskan semula melebihi suhu 60 oC.
- Menggunakan penyepit atau sudu yang bersih untuk menghidangkan dan mengambil makanan.
- Menjaga kebersihan diri termasuk membasuh tangan sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas.
- Menggunakan tandas yang sanitari (bersih dan sempurna).
- Sentiasa memastikan air minuman menggunakan air yang telah dididihkan atau boleh menggunakan air minuman berbungkus.
![]() |
| Pengendali makanan mesti pakai apron, kasut bertutup dan penutup kepala. Jenis dan corak tidak diambil kira. Yang penting, bersih dan mengelak pencemaran silang berlaku |

No comments:
Post a Comment