Tuesday, December 29, 2015

NASIHAT KESIHATAN UNTUK MENGELAKKAN KESAN PENYAKIT YANG MUNGKIN BERLAKU AKIBAT CATUAN AIR


Catuan air

Catuan air ini dijangka akan memberi kesan kepada penjagaan kebersihan diri, keluarga, makanan, minuman, pakaian, peralatan, premis serta risiko penyakit. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia dalam menghadapi catuan air:
  1. Pastikan kebersihan diri, air digunakan dengan berhemah untuk membersihkan diri dari kekotoran. Pastikan, tangan dibasuh dengan menggunakan sabun atau sanitiser selepas menggunakan tandas, sebelum makan dan sebelum mengendalikan atau menyediakan makanan.
  2. Pastikan air disimpan dalam bekas yang bersih dan sentiasa bertutup untuk mengelakkan pencemaran luaran terutamanya jika air tersebut untuk tujuan penyediaan makanan dan minuman. Bekas bertutup juga bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.
  3. Masak makanan dengan sempurna pada suhu tinggi 80℃ untuk memastikan bakteria dihapuskan dan tidak menyebabkan keracunan makanan. Pastikan makanan berasaskan daging dimasak dengan sempurna (tiada tanda-tanda mentah).
  4. Pengendali makanan bertanggungjawab memastikan keselamatan makanan yang mereka jual atau hidangkan kepada pengguna. Sekiranya air catuan yang bersih tidak mencukupi, guna air berbungkus yang terdapat di pasaran sebagai pilihan kerana ia lebih selamat.
  5. Penggunaan air perigi untuk memasak makanan dan minuman adalah dilarang kecuali perigi tersebut telah dirawat dengan klorin serta terhindar dari punca pencemaran.
  6. Orang awam perlu sentiasa menjaga kesihatan diri dan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dengan segera sekiranya menghadapi masalah kesihatan.
  7. Orang awam juga diingatkan untuk mengambil tindakan mencegah pembiakan nyamuk aedes yang mungkin berlaku dalam air yang disimpan semasa catuan air. Pastikan tiada pembiakan nyamuk aedes di dalam bekas-bekas yang digunakan untuk menyimpan air :-

    • Sering memeriksa takungan air supaya tiada jentik-jentik. Jika ada, buang air tersebut dan bersihkan bekas.
    • Berus dan sental bekas seminggu sekali supaya telur nyamuk aedes tidak melekat pada bekas tersebut dan menjadi jentik-jentik.
    • Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik jika menyimpan air lebih dari 7 hari atau
    • Tutup rapat bekas-bekas tersebut.

Friday, December 25, 2015

Kawasan larangan merokok (R&R)

KAWASAN REHAT DAN RAWAT (R&R) DAN HENTIAN SEBELAH ADALAH TEMPAT DILARANG MEROKOK

      Kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah merupakan kawasan yang menjadi persinggahan pengguna lebuhraya yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur masyarakat samada golongan tua, muda atau kanak-kanak untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan di lebuhraya-lebuhraya seluruh Malaysia. Sehubungan itu, tujuan utama menjadikan kawasan R&R dan hentian sebelah sebagai tempat dilarang merokok adalah bagi melindungi golongan majoriti bukan perokok daripada bahaya asap rokok.

      Kementerian Kesihatan Malaysia sedang berusaha untuk mengurangkan bilangan perokok di Malaysia serta menggalakkan perokok untuk berhenti merokok. Sehubungan itu, usaha memperbanyakkan kawasan larangan merokok merupakan salah satu langkah yang dilakukan bagi membudayakan amalan tidak merokok di kalangan masyarakat serta mengwujudkan persepsi bahawa perbuatan merokok adalah sesuatu perbuatan yang tidak normal (denormalized the smoking habit).

      Kawasan-kawasan di R&R dan hentian sebelah yang tersenarai sebagai tempat dilarang merokok adalah seperti berikut: 
      i. Semua bangunan berbumbung 
      ii. Tempat makan 
      iii. Taman permainan kanak-kanak 
      iv. Surau 
      v. Tandas 
      vi. Gerai jualan 
      vii. Taman landskap

      Walaubagaimanapun, golongan perokok dibenarkan merokok di kawasan terbuka dan jauh daripada tumpuan orang awam di R&R dan hentian sebelah sebagai contohnya kawasan parkir kereta yang tidak berbumbung atau mana-mana kawasan yang telah ditetapkan sebagai sudut merokok oleh pihak pengurusan R&R dan hentian sebelah.

Tuesday, December 22, 2015

Info Sihat : Demam Kepialu (Tifoid)


Apa Itu Demam Kepialu (Tifoid)
adalah 1 jangkitan bawaan air dan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). 
Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. 
Pembawa sihat adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain. 

Cara Merebak 

  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
  • Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.
  • Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
  • Menggunakan bekalan air tidak bersih.
Tanda Gejala 

  • Demam panas berpanjangan
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Mata layu dan cengkung
  • Tidak sedarkan diri dan meracau
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)

blessedngy.blogspot.com
kebersihan diri dan persekitaran serta keselamatan makanan adalah penting!! 



Info Sihat : Langkah Kawalan Demam Kepialu oleh Pengendali Makanan

Langkah-langkah Kawalan Demam Kepialu oleh Pengendali Makanan 
  1. Mengendalikan makanan mengikut tatacara pengendalian makanan selamat dengan memastikan:
    1. Premis makanan bersih
    2. Telah menghadiri kursus pengendalian makanan.
    3. Telah mendapat suntikan vaksin tifoid.
    4. Sentiasa memakai apron yang bersih serta penutup kepala dan kasut yang bertutup semasa mengendalikan makanan.
    5. Bahan mentah untuk masakan mestilah segar.
    6. Proses nyahbeku daging atau ayam perlu sempurna.
    7. Mencuci makanan dengan menggunakan air terawat yang mengalir
    8. Masak menggunakan air terawat
    9. Makanan perlu dimasak dengan sempurna sehingga suhu didih.
    10. Makanan yang telah dimasak diasingkan dari yang mentah.
    11. Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan urungan lalat.
    12. Menghabiskan makanan dalam masa 4 jam selepas ia disediakan.
    13. Makanan yang disimpan pada suhu 0oC – 4oC
    14. Makanan yang dipanaskan semula melebihi suhu 60 oC.
    15. Menggunakan penyepit atau sudu yang bersih untuk menghidangkan dan mengambil makanan.

  2. Menjaga kebersihan diri termasuk membasuh tangan sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas.

  3. Menggunakan tandas yang sanitari (bersih dan sempurna).

  4. Sentiasa memastikan air minuman menggunakan air yang telah dididihkan atau boleh menggunakan air minuman berbungkus.


Pengendali makanan mesti pakai apron, kasut bertutup dan penutup kepala. Jenis dan corak tidak diambil kira.
Yang penting, bersih dan mengelak pencemaran silang berlaku









Earthlings Coffee Workshopt - Zesty Lemon Sofe Cheese Cake

Earthlings Coffe Workshop - open at 10am-1130pm
                                             - located at CityOne Shopping Mall
                                             - a place to hang out with friens while drinking a cup of coffee or                                                             chocolate drinks, etc.
                                             - a slice of cake for woman will be a wonderful choice
                                             - a place to spend your time alone, blanks your mind and just enjoy a                                                      relaxing time without any workload stress by a cup of your favourite                                                      drink
                                             - a place where their waiters are very friendly and heart-warming
                                             - a place i will go again ; D

One night, i went there alone after attend my friend's wedding dinner. Craving for something. Therefore, i stopped at Earthlings Coffee Workshop after i decided not to spend my time to watch movie until late night. I had ordered Zesty Lemon Soft Cheese Cake and a cup of warm Caramilk. Rm11.90 per slice. I like the cake. Taste very comfortable light lemon & light cheese. The cake is really soft like a cotton. The white deco of the cake aren't white chocolate, they are something like icing sugar.

blessedngy.blogspot.com
this is cake, not ice cream! not magnum gold ice cream :)

blessedngy.blogspot.com
the night was windy. A cup of caramilk suits the best to give a good rest in the night. 
Overall, i personally love the place so much. The place is so peaceful and relaxing. One more thing to praise is all the waiters there service their customers politely, friendly, and heart-warming. I like their service. thumbs up for them!!

Have chance & have a visit there. I'm sure you all will like the place too.